Definisi Cermin

Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk imej. Cermin dikenali ramai sebagai sejenis benda yang boleh memantulkan cahaya ataupun bayang-bayang.

Cermin awal terdiri daripada kepingan atau helaian logam digilap, biasanya logam perak atau tembaga apabila imej yang dipantuklan kembali adalah untuk dilihat (seperti perapian diri) tetapi juga dari logam lain apabila hanya penumpuan cahaya terbias yang diperlukan.

Teleskop dan peralatan jitu yang lain menggunakan cermin sepuh hadapan front silvered, di mana permukaan memantul diletak dipermukaan hadapan kaca, yang memberikan kualiti imej lebih baik. Sesetengah dari mereka menggunakan perak, tetapi kebanyakannya menggunakan aluminum, yang lebih memantul pada gelombang pendek berbanding perak.

Kepantulan pelapisan cermin bergantung pada panjang gelombang cahaya dan juga pada logam itu sendiri, dan ini dipergunakan dalam kerja optik untuk menghasilkan cermin sejuk dan panas. Cermin sejuk dihasilkan menggunakan substrat lutsinar dan memilih bahan penyaduran yang memantulkan lebih banyak cahaya nampak dan merambatkan kurang cahaya inframerah. Cermin panas pula adalah sebaliknya, iaitu lebih memantulkan cahaya inframerah. Permukaan cermin kadang-kala diberikan penyaduran tambahan (overcoating) untuk membantutkan degradasi permukaan tersebut dan meningkatkan kepantulan bahagian-bahagian spektrum yang akan digunakan. Sebagai contoh, cermin aluminum biasanya disaluti magnesium florida. Kepantulan sebagai fungsi penjang gelombang bergantung kepada ketebalan pelapisan dan bagaimana ia disadurkan.

Untuk kerja optikal saintifik , cermin dielektrik biasanya digunakan. Ia merupakan substrat kaca (atau kadang-kadang bahan lain) yang disaluti satu atau lebih lapisan bahan dielektrik untuk menghasilkan penyaduran optik. Melalui pemilihan teliti tentang jenis dan ketebalan lapisan dielektrik, julat panjang gelombang dan jumlah pantulan cahaya daripada cermin boleh ditetapkan. Cermin terbaik dari jenis ini dapat memantulkan >99.999% cahaya yang menuju ke cermin tersebut. Cermin-cermin jenis ini selalunya digunakan dalam laser.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: